Friday, October 21, 2011

Salam Semua

Rasanya sudah lama tidak menjengah ke blog ini.  Hampir mencecah ke 3 bulan.  Bayangkan kalau anak kecil yang baru lahir dibiarkan 3bulan apa akan jadi?  Mesti sudah mati kelaparan.  Menyimpang pula daripada tajuk asal.  Hari ini Jumaat, penghulu segala hari.  Semoga apa yang kita buat pada hari ini dimulakan dengan nama Allah dan mendapat berkat serta dikira pahal kita beribadah insyaAllah..
Di sini ingin dikongsi bersama para pembaca ringkasan perjalanan kehidupan kita sebagai manusia.  Renung-renungkan dan selamat beramal :) (quote Prof Izi Haji Ali)


Tuesday, August 16, 2011

Bulan Kemerdekaan....

Mulai esok 17 September 2011 jawatankuasa bulan kemerdekaan akan melancarkan bulan kemerdekaan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke - 54.  Pelbagai acara yang diadakan antaranya kuiz pengetahuan am, permainan tradisional dan pertandingan meniru gaya tokoh-tokoh di Malaysia.  Di samping itu ada juga majlis iftar pada 24hb,
Semoga kita merdeka dari penjajahan walaupun pada hakikatnya kita & generasi Y semakin dijajah secara perlahan-lahan melalui teknologi IT.  Selamat menyambut hari merdeka!!

Monday, August 8, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem...

Harini dah 3 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah wajib rukun islam iaitu berpuasa di dalam bulan Ramadhan.  Ramadhan memang bulan yang ditunggu tunggu.. Apa taknya setiap amalan yang dilakukan mendapat pahala berkali ganda.  Cuba bayang kan sedangkan kalau orang yang melakukan ibadah umrah pada bulan Ramadahan dikatakan pahala yang menyhamai orang yang mengrjakan haji, masyaAllah...Baca quran 1 huruf dapat pahala 10 huruf...masyaAllah...Orang berpuasa doa dimakbulkan... Ya Allah, generousnya Pencipta kita...  Ruginya kalau kita tak ambil peluang ini..

Bercakap tentang Ramadhan memang takkan abih.  Memang diakui banyak fadilatnya, banyak faedahnya.  Pendek kata tak pernah lagi dalam sejarah orang mati sebab berpuasa.  Kalau orang gastrik berpuasa pun masih boleh sempurna hatta yang nak berhenti merokok itupun boleh dikatakan Ramadhan ialah masa untuk buat turning point.  Dalam Al-quran sendiri ada perintah menyuruh umat islam berpuasa.  Pendek kata apa yang Allah ciptakan unutk kita memang tiada cacat celanya... Langsung tiada..

Bersederhanalah ketika berbuka dan bersahur.  Buat amalan semaksimum mungkin sekadar yang termampu.  Harap-harap kita dapat puasa yang mabrur.. InsyaAllah...

Wednesday, July 13, 2011

Minggu Bahasa 2011 @ SDAR

Ada orang kata ' Bahasa Jiwa Bangsa'
Ada juga orang kata 'Tiada kata seindah bahasa'
Ada juga orang kata '.......'
dan macam-macam lagi.  Yang penting bahasa penting untuk kita berkomunikasi.  Tak kisah lah bahasa isyarat, bahasa mata, bahasa mulut, bak kata orang putih 'mind you body language'
Kalau terjak kata buruk padahnya.  Itulah peripentingnya bahasa di dalam kehidupan.
Minggu nih bermula 11-15 Julai merupakan Minggu Bahasa di sini.  Pelbagai aktiviti yang telah dirangka unutk menarik minat pelajar untuk menyertainya.

Kalau macam nih rasanya memang tak cukup korum la...

Tuesday, April 26, 2011

KHUTBAH JUMAAT: MEMBAYAR ‘SEWA’ MENUMPANG HIDUP DI BUMI



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحَلَّ لَنَا الطَّيِّبَاتْ ، وَحَرَّمَ عَلَيْنَا الْخَبَائِثْ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya, dan sidang hadirin semua agar mencari kejayaan hidup dengan bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah bekalan taqwa.
Di dalam pepatah Melayu, batu sering digunakan untuk menunjukkan kepada sikap-sikap yang mazmumah. Hati batu, batu api, batu loncatan dan lain-lain. Batu itu lazim difahami dengan sifatnya yang keras dan sukar dibentuk. Tetapi ada peribahasa lain yang menyebut, “batu empuk, jangankan hati manusia!” Benar sekali apa yang disebut itu. Batu yang keras pun boleh dibentuk, sedangkan hati manusia boleh menjadi lebih keras daripada itu.
Membuat perumpamaan kehidupan pada mengaitkannya dengan batu atau apa-apa bahan alam sekitar, menunjukkan yang masyarakat kita suatu ketika dahulu akrab hubungannya dengan persekitaran. Mereka melihat batu bukan hanya sekadar batu. Tetapi belajar sesuatu daripadanya.

Ini amat bersesuaian dengan kehendak al-Quran yang menyuruh kita mengambil iktibar, cuba melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Renungilah firman Allah SWT:
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [Al-Baqarah 2: 74]
Allah menyuruh kita merenung batu. Merenung Langit, merenung bulan. Berfikir tentang alam, dan membaca ‘mesej Allah’ di sebalik kejadian alam.
Firman Allah SWT:
“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal ‘Imraan 3: 190-191]
Sidang Jumaat sekalian,
Tanah yang kita duduki ini, pohon yang kita berteduh itu, awan yang kita menadah hujan, serta sekalian penghuni alam yang berkongsi hidup dengan kita di bumi ini, semuanya itu makhluk Allah yang berpenghulukan kita. Kita adalah khalifah Allah. Dan tugas seorang Khalifah itu adalah pada mentadbir, mengatur dan menguruskan alam ini menurut peraturan Pencipta alam.
Sukar sekali untuk bercakap tentang alam sekitar dengan bahasa agama.
Sedangkan agama kita adalah agama yang amat menekankan peri pentingnya kita menjaga alam ini. Ia bukan sahaja untuk kegunaan kita, malah merupakan ayat-ayat Allah untuk kita mendekati-Nya.
Kita mengenal Allah melalui ayat-ayat Allah yang MAQROO’AH (مقروءة) yakni ayat-ayat Allah yang dibaca berupa WAHYU.
Kita juga mengenal Allah melalui ayat-ayat yang MANDHOORAH (منظورة) yakni ayat-ayat Allah yang direnung, berupa alam sekitar.
Islam memuliakan alam. Kerana itu Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam melarang kita dengan sengaja merosakkan alam. Hatta tentera yang sedang sibuk berperang itu pun tidak dibenarkan dengan sewenang-wenangnya merosakkan tumbuh-tumbuhan, mematah ranting dan batang kayu yang tidak perlu, malah kita juga dilarang daripada membuang air kecil ke dalam air bertakung yang tidak mengalir.
Hari ini, kita semua sedang menanggung azabnya. Cuaca yang tidak menentu, penyakit yang pelbagai menular, dan kita hidup dalam keadaan kucar kacir. Bagaimana dunia yang hendak diwariskan kepada anak-anak kita ini, 10 atau 20 tahun akan datang?
Tidak perlu kita bercakap tentang Bumi yang mungkin terlalu luas untuk direnung. Cukuplah sekadar kita melihat persekitaran kejiranan kita di Ampang. Kita menghadapi pelbagai musibah penyakit seperti Denggi, dan banyaknya pelbagai haiwan perosak seperti nyamuk, tikus, gagak dan anjing liar. Semua itu adalah cara Allah memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tatacara hidup kita hari ini. Sesuatu perlu dilakukan.
Sidang kaum Muslimin, rahimakumullah,
Ada sebuah pepatah Cina menyebut, “jika setiap rumah menyapu sampah, nescaya akan bersihlah seluruh negara”
Benar sekali pepatah itu.
Jangan kita beralasan pada apa-apa yang kita tidak boleh buat. Buat apa yang kita semua boleh buat sendiri. Jaga halaman rumah masing-masing. Ini bersesuaian dengan Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“إن الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة كريم يحب الكرم جواد يحب الجود فنظفوا أفنيتكم ولا تشبهوا باليهود ” رواه الترمذى
“Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.”(Hadith riwayat al-Tirmidzi)
Membiarkan halaman rumah kotor disifatkan oleh Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sebagai perangai buruk orang-orang Yahudi. Rumah orang Islam, halamannya bersih. Tidak perlu cantik. Tidak perlu ada landskap Bali atau Jepun. Cukup sekadar kemas dan bersih. Justeru pulang ke rumah selepas Solat Jumaat ini, perhatikanlah halaman masing-masing. Jika bersih, kekalkan kebersihannya. Jika tidak bersih, ambillah tugas membersihkannya sebagai satu perintah agama yang penting.
Kaum Muslimin sekalian,
Alam sekitar kita sedang menderita. Deritanya itu pula datang menimpa kita berbentuk bencana. Bencananya besar. Tetapi ia bermula daripada makhluk-makhluk kecil seperti kita.
Lihat sahaja bencana nyamuk.
Berapa ramai manusia di Malaysia yang mati dibaham harimau dalam setahun? Ada 50 orang? Jauh sekali. Hendak mendengar berita seorang pun jarang-jarang . Tetapi berapa ramai manusia yang mati digigit nyamuk? Saya yakin kita setuju bahawa jumlah mereka lebih 100 orang setahun. Setiap hari, semua hospital menerima kemasukan pesakit yang sakitnya kerana nyamuk. Lihat, kita takut kepada keganasan harimau. Tetapi akhirnya manusia mati digigit nyamuk.
Itulah mesej Allah di sebalik nyamuk.
Jangan remehkan benda-benda kecil dalam hidup.
Firman Allah SWT lagi:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [Al-Room 30: 41]
Segala musibah berbentuk kemarau, banjir, ribut, penyakit dan pencemaran-pencemaran empat penjuru alam ini, adalah kesan perbuatan tangan kita sendiri. Allah kenakan kita hanya sebahagian daripada azabnya. Maknanya ada azab yang lebih besar menanti. Kecuali kita sedar mengapa musibah itu datang. Iaitulah agar kita kembali.
Kembali kepada cara hidup Islam.
Cara hidup Islam bukan hanya pada solat, mengaji, menutup aurat dan makan makanan halal.
Menjaga kebersihan diri, halaman rumah dan persekitaran juga adalah cara hidup Islam.
Membuang sampah merata-rata adalah dosa.
Mencampakkan bungkusan air, puntung rokok dan tisu dari tingkap kereta adalah dosa.
Memakai pakaian yang kotor juga adalah dosa.
Semuanya itu adalah petanda iman yang bermasalah.
Dunia tercemar kerana iman tercalar.
Itulah ruginya alam, apabila Muslim menjadi lemah. Bukan hanya lemah politik, ekonomi dan sosial, malah lemah penghayatan terhadap cara hidup bertertib menurut Islam. Lemah menjaga kebersihan.
Renungi firman Allah:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi” (Al-Muddaththir 74 : 1-5)
Allah memerintahkan kita bangkit.
Bangkit memberi peringatan.
Khatib memberi peringatan kepada sidang Jumaat.
Imam memberi peringatan kepada makmum.
Suami memberi peringatan kepada isteri.
Ibu bapa memberi peringatan kepada anak-anak.
Guru-guru memberi peringatan kepada anak murid.
Kita semua adalah pemberi peringatan.
Namun di dalam ayat Surah al-Muddaththir itu tadi, Allah bukan hanya memerintahkan kita membesar serta mengagungkan Allah, malah diperintahkan-Nya juga agar kita berpakaian bersih.
Pendakwah juga mesti berpakaian bersih. Khatib, Imam, Suami, Isteri, Ibu bapa, Guru, para Ustaz, Pendakwah yang pengotor, adalah fitnah kepada peringatan dan nasihat yang disampaikannya. Anak-anak mungkin gagal mengikut kata-kata orang tua, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru perbuatan ibu bapa dan orang dewasa di sekitar mereka.
Kebersihan iman membawa kepada kebersihan diri. Kebersihan diri membawa kepada kebersihan rumah dan halaman. Kebersihan rumah dan halaman membawa kepada kebersihan Negara.
Sesungguhnya  Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia hari ini, pulanglah kita daripada Solat Jumaat hari ini dengan suatu kesedaran, memelihara alam ini dan mentadbirnya dengan Syariat Allah, adalah sewa yang dibayar kepada Allah pada menumpang hidup kita di bumi ini.
Bersihkan diri. Bersihkan pakaian. Bersihkan rumah. Bersihkan halaman. Semuanya bermula dengan membersihkan IMAN.
بَارَكَ الله لِي وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيمِ ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالِّذكْرِ الْحَكِيمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِينَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِينَ

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Wednesday, April 20, 2011

Dendam Positif

(diambil dari laman blog yang berbahasa Indonesia)
Selamat membaca dan menghayati cerita di bawah....

Di sebuah perusahaan pertambangan minyak di Arab Saudi, di akhir tahin 40-an.  Seorang pegawai rendahan, remaja lokal asli Saudi, kehausan dan bergegas mencari air untuk menyiram tenggorokannya kering.  Ia begitu gembira ketika melihat air dingin yang tampak didepannya dan bersegera mengisi air dingin ke dalam gelas.  Belum sempat ia minum, tangannya terhenti oleh sebuah hardikan:

"Hei, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendahan. Air ini hanya khusus untuk insinyur".  Suara itu berasal dari mulut seorang insinyur Amerika yang bekerja di perusahaan tersebut.  Remaja itu akhirnya hanya terdiam menahan haus.  Ia tahu ia hanya anak miskin lulusan sekolah dasar.  Kalaupun ada pendidikan yang dibanggakan, ia lulusan lembaga Tahfidz Quran,  tapi keahlian itu tidak ada harganya di perusahaan minyak yang saat ini masih dikendalikan oleh manajeman Amerika.

Hardikan itu selalu terngiang di kepalanya.  Ia lalu bertanya-tanya:
Kenapa ini terjadi padaku?  Kenapa segelas air saja dilarang untuk ku?  Apakah karena aku pekerja rendahan, sedangkan mereka insinyur?  Apakah kalau aku jadi insinyur aku bisa minum?  Apakah aku bisa jadi insinyur seperti mereka?  Pertanyaan ini selalu tengiang-ngiang dalam dirinya.

Kejadian ini akhirnya menjadi momentum baginya untuk membangkitkan "DENDAM POSITIF" 
Akhirnya muncul komitmen dalam dirinya.  Remaja miskin itu lalu bekerja keras siang hari dan melanjutkan sekolah malam hari.  Hampir setiap hari ia kurang tidur untuk mengejar ketertinggalannya.  Tidak jarang olok-olok dari teman pun diterimanya.

Buah kerja kerasnya menggapai hasil.  Ia akhirnya bisa lulus SMA.  Kerja kerasnya membuat perusahaan memberi kesempatan padanya untuk mendalami ilmu.  Ia dikirim ke Amerika mengambil kuliah S1 bidang teknik dan master bidang geologi.  Pemuda ini lulus dengan hasil memuaskan. 

Selanjutnya ia pulang ke negerinya dan bekerja sebagai insinyur.  Kini ia sudah menaklukkan dendamnya, kembali sebagai insinyur dan bisa minum air yang dulu dilarang baginya.  Apakah sampai di situ saja. Tidak, karirnya melesat terus.  Ia sudah terlatih bekerja keras dan mengejar ketinggalan, dalam pekerjaan pun karirnya menyusul yang lain.  Kariernya melonjak dari kepala bagian, kepala cabang, manajer umum sampai akhirnya ia menjabat sebagai wakil direktur, sebuah jabatan tertinggi yang bisa dicapai oleh orang lokal saat itu.

Ada kejadian menarik ketika ia menjabat wakil direktur.   Insinyur Amerika yang dulu pernah mengusirnya, kini justru jadi bawahannya.  Suatu hari insinyur bule ini datang menghadap karena ingin minta izin libur dan berkata;  "Aku ingin mengajukan izin liburan. Aku berharap Anda tidak mengaitkan kejadian air di masa lalu dengan pekerjaan resmi ini. Aku berharap Anda tidak membalas dendam, atas kekasaran dan keburukan perilakuku di masa lalu"  
Apa jawab sang wakil direktur mantan pekerja rendahan ini:  "Aku ingin berterima kasih padamu dari lubuk hatiku paling dalam karena kau melarang aku minum saat itu.  Ya dulu aku benci padamu. Tapi, setelah izin Allah, kamu lah sebab kesuksesanku hingga aku meraih sukses ini."  Kini dendam positif lainnya sudah tertaklukkan.

Lalu apakah ceritanya sampai di sini? Tidak.  Akhirnya mantan pegawai rendahan ini menempati jabatan tertinggi di perusahaan tersebut.  Ia menjadi Presiden Direktur pertama yang berasal dari bangsa Arab.

Tahukan Anda apa perusahaan yang dipimpinnya?  Perusahaan itu adalah Aramco (Arabian American Oil Company) perusahaan minyak terbesar di dunia.  Ditangannya perusahaan ini semakin membesar dan kepemilikan Arab Saudi semakin dominan.  Kini perusahaaan ini menghasilakn 3.4 juta barrels (540,000,000 m3) dan mengendalikan lebih dari 100 ladang migas di Saudi Arabia dengan total cadangan 264 miliar barrels (4.20×1010 m3) minyak dan 253 triliun cadangan gas.

Atas prestasinya Ia ditunjuk Raja Arab Saudi untuk menjabat sebagai Menteri Perminyakan dan Mineral yang mempunyai pengaruh sangat besar terhadap dunia.  Tahukah kisah siapa ini?

Ini adalah kisah Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sampai saat ini (2011) menjabat Menteri  Perminyakan dan Mineral Arab Saudi.  Terbayangkah, hanya dengan mengembangkan hinaan menjadi dendam positif, isu air segelas di masa lalu membentuknya menjadi salah seorang penguasa minyak yang paling berpengaruh di seluruh dunia.

Itulah kekuatan "DENDAM POSITIF"

Kita tidak bisa mengatur bagaimana orang lain berperilaku terhadap kita.

Kita tidak pernah tahu bagaimana keadaan akan menimpa kita.

Tapi kita sepenuhnya punya kendali bagaimana menyikapinya.

Apakah ingin hancur karenanya?

Atau bangkit dengan semangat "Dendam Positif." 

Tuesday, April 19, 2011

Minggu Personaliti Unggul

Salam semua,


Minggu personaliti unggul telah pun berakhir minggu lepas.  Minggu ini baru berkesempatan untuk memberikan ulasan tentang acara yang telah pun berlangsung selama seminggu itu. 

Wednesday, March 23, 2011

Keputusan SPM keluar hari ini...

Salam semua...
Berita paling hangat hari ini iaitu dengan keluarnya keputusan SPM yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh pelajar pelajar Tingkatan 5 tahun lepas.  Apa yang telah pelajar usahakan, gembelingkan, titik peluh selama 5 tahun berada di sekolah ini diharapkan memberi hasil yang berbaloi...
Alangkah GEMBIRAnya pelajar-pelajar, ibu bapa, guru-guru, kawan-kawan, saudara mara apabila keputusan itu cemerlang!
Tetapi... alangkah KECEWAnya sekiranya keputusan tidak seperti yang diharapkan. 
Setakat mengharapkan keputusan yang cemerlang tetapi tidak disertakan dengan usaha yang setimpal serta doa dan tawakal kepadaNya adalah tidak munasabah sama sekali..

Monday, March 21, 2011

Allah Yang Menyembuhkan...

Salam semua.

Hari ini bermula lagi episod baru dalam kisah pelajar-pelajar selepas seminggu bercuti sekolah.  Diharap semasa cuti yang baru ini dapat kita 'recharge' balik tenaga sehingga kita boleh guna ke tahap yang maksimum. 
Kenapa tajuk di atas macam itu?  Haaa... pagi tadi sempat menonton tv tentang cara-cara menghafal 30 juzuk Al-Quran.  Bolehkah kita?  Jawapan yang sepatutnya ada pada kita ialah insyaAllah... saya boleh lakukan.  Memanglah dalam hati mesti berdetik boleh ke?  Sedangkan surah-surah lazim pun tak terhafal, inikan pula nak hafal satu naskah Al-Quran... MasyaAllah.. mesti boleh..  kalau tidak kenapa ada orang yang boleh hafal Al-Quran...?  Apakan formulanya?  Sepatutnya ayat-ayat Al-Quran itu berlegar-legar sahaja di kepala kita, ini tidak.. lirik-lirik lagu telah memonopoli ruangan dalam kepala..  Bukannya kita tidak tahu Al-quran penyembuh segala penyakit..  Contohnya bila kita sakit kita sering merujuk pada doktor @ jururawat.  Adakah doktor yang menyembuhkan penyakit kita?  Tidak sama sekali... Doktor @ jururawat hanya sekadar merawat berdasarkan teori dan pengalaman mereka sahaja... Yang menyembuhkan sudah pasti Allah swt... Fikir-fikirkanlah...  Bagaimana kita boleh mengaitkan diri kita dengan ayat-ayat Allah...
Selamat meneruskan persekelohan sessi yang baru dengan azam yang baru..  Masih belum terlambat untuk merealisasikan azam-azam  tahun baru anda.. :)

Thursday, March 10, 2011

Selesai Sudah...

Salam.  Hari ini hari terakhir pelajar-pelajar sini mengambil ujian penilaian bulanan selepas 4 hari bermula Isnin.  Maka berakhirlah penderitaan dari menghafal nota-nota dan esok pelajar-pelajar akan mengemas dorm dan kelas masing-masing sebelum dilepaskan rehat selama seminggu.  Jangan lah pula buat aktiviti di bawah sahaja ketika cuti..


atau


Sebaliknya lakukan aktiviti seperti


atau

Barulah mama sayang......  Selamat bercuti...!!

Friday, March 4, 2011

Tahniah....

Salam Jumaat semua.. Hari ini hari Jumaat nan indah julung kalinya untuk tahun ini pemenang untuk anugerah dorm dan kelas terbersih diumumkan oleh guru yang bertugas pada minggu lepas.  Tahniah kepada Dorm D1 dan Kelas 5T yang merangkul kejayaan unutk minggu ini.  Di bawah bukan bilik sebenar yang menang.  Cuma gambaran macamana lah rupanya bilik dan kelas yang bersih itu..  Hmmm...

contoh bilik yang bersih


Contoh kelas yang bersih
Semoga kelas dan dorm lain mendapat suntikan dan berlumba-lumba untuk menang seterusnya memastikan tempat tinggal yang bersih dan selesa.  Ini kerana kebersihan selalu dikaitkan dengan kesihatan, badan yang bersih, otak jadi cergas dan hidup akan selesa.  Fikir fikirkan... :]

Thursday, March 3, 2011

Terima Kasih...

Blog Panitia Sivik SDAR hampir mencecah 2 minggu usianya.  Alhamdulillah setakat ini tingkatan 1UO, 1AB, 2UO, 2AB, 4R, dan 4T telah berjaya pergi ke blog ini hasil usaha guru Sivik kelas tersebut.  Banyak komen-komen menbina dan idea-idea yang bernas oleh pelajar-pelajar telah diposkan ke blog ini .  Terima kasih para pelajar!  Promosikanlah laman blog ini kepada kelas-kelas yang masih tidak berkesempatan menjengah blog Panitia Sivik SDAR.

Thursday, February 24, 2011

Tonggak 4

  • Bekerja Keras
  • Konsisten
  • Menepati Masa
  • Berdisplin
Antara perkataan motivasi yang wajib di letakkan di dalam setiap kelas.  Pelajar-pelajar dan juga guru-guru, jadikan Tonggak 4 bukan hanya sebagai hiasan kelas tetapi untuk di renung-renungkan dan di amalkan.

Tuesday, February 22, 2011

Keliru...


Sekarang jam menunjukkan pukul 10.28 pagi.  Sepatutnya waktu ini adalah rehat tingkatan menengah rendah iaitu dari jam 10.10 - 10.40 pagi.  Tetapi apa yang mengelirukan di sini ialah hampir semua tingkatan, termasuklah tingkatan 4 dan 5 berjalan-jalan dari dewan makan!  Sangat mengelirukan.. dah jadi macam anak ayam yang bersepah-sepah.
Hari ini sebenarnya Sekolah Dato' Abdul Razak menjadi tuan rumah kepada satu pertandingan pidato.  Hanya pelajar tingkatan 3 dan 4 sahaja yang diarahkan masuk menyaksikan pertandingan pidato tersebut.  Pelajar-pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada sekolah lain bukan menjadi anak ayam yang bersepah-sepah macam kehilangan ibu dengan berlegar-legar di luar kelas, ke sana ke sini seperti tiada hala tuju.  Sekiranya guru yang sepatutnya tidak masuk ke kelas, pelajar pun tidak sepatutnya keluar sesuka hati mereka.  Pelajar seharusnya menyiapkan tugasan atau kerja sekolah atau mengulangkaji di dalam kelas masing-masing.  Ketika entri ini ditulis pelajar-pelajar ini akan menduduki ujian bulanan yang tidak sampai 2 minggu lagi.  Ish..ish..ish..
Tiba-tiba teringat pula kelas 4R semasa kelas Sivik jam 4 petang semalam.  Hanya 3 orang pelajar sahaja yang ada di dalam kelas.  Yang lain tidak diketahui statusnya.  Pendek kata MIA (Missing in Action).  Wahai para pelajar, perjalanan kamu semua masih jauh lagi.. Jangan suka membuat keputusan sendiri atau ikut kata hati.  Sekiranya tidak dapat hadir ke kelas, laporkan jangan pergi tanpa pesan.  Pepatah ada menyebut ikut hati binasa..!  You jump i jump..

Monday, February 21, 2011

Apa itu sivik?


Rata-rata pelajar mengambil ringan tentang masalah sivik.  Pagi tadi semasa di dalam perhimpunan pagi Tuan Pengetua Cemerlang menekankan tentang masalah sivik yang paling ketara berlaku di kalangan pelajar SDAR iaitu Kebersihan.  Boleh dikatakan pelajar-pelajar di sini seperti sudah tidak tahu menjaga kebersihan.  Tidak tahu menjaga kebersihan asrama tempat tinggal, tidak tahu menjaga kebersihan kelas, tidak tahu menjaga kebersihan diri.. Taulah hangpa budak lelaki semua.  Pelajar lelaki pun kena jaga kebersihan.. Kalau tak,  takde sape yang nak walaupun muka hensem, tapi bau masyaAllah, busuk.. Cikgu-cikgu yang bertugas memang terpaksa menahan bau terutamanya waktu bertugas memeriksa asrama pelajar.  Nak nak time baru balik 'camping' atau semasa minggu peperiksaan  Boleh pengsan dibuatnya.. Apa taknya kalau stokin sebelah kaki tu nak diibaratkan di rendam dalam kolam ikan, mati semua ikan-ikan dek ke'haruman' bau stokin pelajar tadi.

Kenapa perkara ini berlaku? Adakah kerana di rumah ada pembantu sehingga yang melakukan semua kerja di rumah maka di asrama dan sekolah terbawa-bawa perangai malas itu?  Kadang-kadang rasa nak marah kat pelajar yang sampah depan mata pun tak nak ambik.  Macam lah sampah tu beratnya sekilo.  Aish.. Dolu dolu dan sehingga sekarang ada diletak tong sampah kitar semula tapi macam tiada fungsi sahaja. 

Cuba ya pelajar-pelajar fikir-fikirkan.. Ada satu kajian mengatakan kalau dikumpul-kumpul sampah di Malaysia nih selama seminggu tingginya akan menjadi adalah setinggi KLCC.  Itu baru seminggu..kalau sebulan... setahun... Boleh bayangkan? Di negara jiran kita, Singapura, membuang sampah merata-rata itu merupakan satu kesalahan yang berat.  Mereka yang membuang sampah merata-rata boleh dikenakan denda sehingga beratus dolar Singapura.  Hairan juga rakyat Malaysia kalau pergi Singapura boleh pulak buang sampah di tempat yang disediakan.  Hairan juga ada warga Singapura yang datang ke Malaysia mengikut jejak langkah warganegara Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Bercerita tentang senarion di Jepun, teramat dan sangat susah untuk bertemu dengan tong sampah di tempat awam.  Nak taknak terpaksa masuk balik beg sampah yang ingin dibuang

Ini baru satu bab kesedaran sivik yang baru dikupas.  Banyak lagi isu-isu sivik yang berlaku di sekolah yang akan dikupas.  Diharap entri kali ini bukanlah dijadikan satu bacaan yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Bertindaklah bermula dari hari ini.  Kita sama-sama menengusahakan sampah sifar sepertimana kita memperjuangkan inflasi sifar..

Saturday, February 19, 2011

Selamat Datang Ke Blog Panitia Sivik


Salam semua. Hari ini 19 Februari 2011, hari yang bersejarah kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Dato' Abdul Razak kerana telah wujud laman blog yang julung kalinya.  Terima kasih kepada Encik Norizan (dari PKG Rantau) dan Encik Shafi'e (dari PKG Johol) kerana sudi datang ke sekolah ini mencurahkan ilmu kepada para guru di dalam sessi Latihan Dalam Perkhidmatan pembinaan laman blog hari ini.  Saya mewakili Panitia Sivik berasa sangat gembira dan teruja kerana didedahkan dengan pengalaman ini.  Blog ini akan dijadikan medium untuk para pelajar dan guru mencari ilmu dan maklumat tentang panitia ini.  Sudi sudikan....