Thursday, February 24, 2011

Tonggak 4

  • Bekerja Keras
  • Konsisten
  • Menepati Masa
  • Berdisplin
Antara perkataan motivasi yang wajib di letakkan di dalam setiap kelas.  Pelajar-pelajar dan juga guru-guru, jadikan Tonggak 4 bukan hanya sebagai hiasan kelas tetapi untuk di renung-renungkan dan di amalkan.

Tuesday, February 22, 2011

Keliru...


Sekarang jam menunjukkan pukul 10.28 pagi.  Sepatutnya waktu ini adalah rehat tingkatan menengah rendah iaitu dari jam 10.10 - 10.40 pagi.  Tetapi apa yang mengelirukan di sini ialah hampir semua tingkatan, termasuklah tingkatan 4 dan 5 berjalan-jalan dari dewan makan!  Sangat mengelirukan.. dah jadi macam anak ayam yang bersepah-sepah.
Hari ini sebenarnya Sekolah Dato' Abdul Razak menjadi tuan rumah kepada satu pertandingan pidato.  Hanya pelajar tingkatan 3 dan 4 sahaja yang diarahkan masuk menyaksikan pertandingan pidato tersebut.  Pelajar-pelajar sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada sekolah lain bukan menjadi anak ayam yang bersepah-sepah macam kehilangan ibu dengan berlegar-legar di luar kelas, ke sana ke sini seperti tiada hala tuju.  Sekiranya guru yang sepatutnya tidak masuk ke kelas, pelajar pun tidak sepatutnya keluar sesuka hati mereka.  Pelajar seharusnya menyiapkan tugasan atau kerja sekolah atau mengulangkaji di dalam kelas masing-masing.  Ketika entri ini ditulis pelajar-pelajar ini akan menduduki ujian bulanan yang tidak sampai 2 minggu lagi.  Ish..ish..ish..
Tiba-tiba teringat pula kelas 4R semasa kelas Sivik jam 4 petang semalam.  Hanya 3 orang pelajar sahaja yang ada di dalam kelas.  Yang lain tidak diketahui statusnya.  Pendek kata MIA (Missing in Action).  Wahai para pelajar, perjalanan kamu semua masih jauh lagi.. Jangan suka membuat keputusan sendiri atau ikut kata hati.  Sekiranya tidak dapat hadir ke kelas, laporkan jangan pergi tanpa pesan.  Pepatah ada menyebut ikut hati binasa..!  You jump i jump..

Monday, February 21, 2011

Apa itu sivik?


Rata-rata pelajar mengambil ringan tentang masalah sivik.  Pagi tadi semasa di dalam perhimpunan pagi Tuan Pengetua Cemerlang menekankan tentang masalah sivik yang paling ketara berlaku di kalangan pelajar SDAR iaitu Kebersihan.  Boleh dikatakan pelajar-pelajar di sini seperti sudah tidak tahu menjaga kebersihan.  Tidak tahu menjaga kebersihan asrama tempat tinggal, tidak tahu menjaga kebersihan kelas, tidak tahu menjaga kebersihan diri.. Taulah hangpa budak lelaki semua.  Pelajar lelaki pun kena jaga kebersihan.. Kalau tak,  takde sape yang nak walaupun muka hensem, tapi bau masyaAllah, busuk.. Cikgu-cikgu yang bertugas memang terpaksa menahan bau terutamanya waktu bertugas memeriksa asrama pelajar.  Nak nak time baru balik 'camping' atau semasa minggu peperiksaan  Boleh pengsan dibuatnya.. Apa taknya kalau stokin sebelah kaki tu nak diibaratkan di rendam dalam kolam ikan, mati semua ikan-ikan dek ke'haruman' bau stokin pelajar tadi.

Kenapa perkara ini berlaku? Adakah kerana di rumah ada pembantu sehingga yang melakukan semua kerja di rumah maka di asrama dan sekolah terbawa-bawa perangai malas itu?  Kadang-kadang rasa nak marah kat pelajar yang sampah depan mata pun tak nak ambik.  Macam lah sampah tu beratnya sekilo.  Aish.. Dolu dolu dan sehingga sekarang ada diletak tong sampah kitar semula tapi macam tiada fungsi sahaja. 

Cuba ya pelajar-pelajar fikir-fikirkan.. Ada satu kajian mengatakan kalau dikumpul-kumpul sampah di Malaysia nih selama seminggu tingginya akan menjadi adalah setinggi KLCC.  Itu baru seminggu..kalau sebulan... setahun... Boleh bayangkan? Di negara jiran kita, Singapura, membuang sampah merata-rata itu merupakan satu kesalahan yang berat.  Mereka yang membuang sampah merata-rata boleh dikenakan denda sehingga beratus dolar Singapura.  Hairan juga rakyat Malaysia kalau pergi Singapura boleh pulak buang sampah di tempat yang disediakan.  Hairan juga ada warga Singapura yang datang ke Malaysia mengikut jejak langkah warganegara Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Bercerita tentang senarion di Jepun, teramat dan sangat susah untuk bertemu dengan tong sampah di tempat awam.  Nak taknak terpaksa masuk balik beg sampah yang ingin dibuang

Ini baru satu bab kesedaran sivik yang baru dikupas.  Banyak lagi isu-isu sivik yang berlaku di sekolah yang akan dikupas.  Diharap entri kali ini bukanlah dijadikan satu bacaan yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Bertindaklah bermula dari hari ini.  Kita sama-sama menengusahakan sampah sifar sepertimana kita memperjuangkan inflasi sifar..

Saturday, February 19, 2011

Selamat Datang Ke Blog Panitia Sivik


Salam semua. Hari ini 19 Februari 2011, hari yang bersejarah kepada Panitia Sivik dan Kewarganegaraan Sekolah Dato' Abdul Razak kerana telah wujud laman blog yang julung kalinya.  Terima kasih kepada Encik Norizan (dari PKG Rantau) dan Encik Shafi'e (dari PKG Johol) kerana sudi datang ke sekolah ini mencurahkan ilmu kepada para guru di dalam sessi Latihan Dalam Perkhidmatan pembinaan laman blog hari ini.  Saya mewakili Panitia Sivik berasa sangat gembira dan teruja kerana didedahkan dengan pengalaman ini.  Blog ini akan dijadikan medium untuk para pelajar dan guru mencari ilmu dan maklumat tentang panitia ini.  Sudi sudikan....