Friday, October 21, 2011

Salam Semua

Rasanya sudah lama tidak menjengah ke blog ini.  Hampir mencecah ke 3 bulan.  Bayangkan kalau anak kecil yang baru lahir dibiarkan 3bulan apa akan jadi?  Mesti sudah mati kelaparan.  Menyimpang pula daripada tajuk asal.  Hari ini Jumaat, penghulu segala hari.  Semoga apa yang kita buat pada hari ini dimulakan dengan nama Allah dan mendapat berkat serta dikira pahal kita beribadah insyaAllah..
Di sini ingin dikongsi bersama para pembaca ringkasan perjalanan kehidupan kita sebagai manusia.  Renung-renungkan dan selamat beramal :) (quote Prof Izi Haji Ali)


Tuesday, August 16, 2011

Bulan Kemerdekaan....

Mulai esok 17 September 2011 jawatankuasa bulan kemerdekaan akan melancarkan bulan kemerdekaan sempena sambutan kemerdekaan Malaysia kali ke - 54.  Pelbagai acara yang diadakan antaranya kuiz pengetahuan am, permainan tradisional dan pertandingan meniru gaya tokoh-tokoh di Malaysia.  Di samping itu ada juga majlis iftar pada 24hb,
Semoga kita merdeka dari penjajahan walaupun pada hakikatnya kita & generasi Y semakin dijajah secara perlahan-lahan melalui teknologi IT.  Selamat menyambut hari merdeka!!

Monday, August 8, 2011

Wednesday, August 3, 2011

Ahlan Wa Sahlan Ramadhan Kareem...

Harini dah 3 hari umat Islam di seluruh dunia menunaikan ibadah wajib rukun islam iaitu berpuasa di dalam bulan Ramadhan.  Ramadhan memang bulan yang ditunggu tunggu.. Apa taknya setiap amalan yang dilakukan mendapat pahala berkali ganda.  Cuba bayang kan sedangkan kalau orang yang melakukan ibadah umrah pada bulan Ramadahan dikatakan pahala yang menyhamai orang yang mengrjakan haji, masyaAllah...Baca quran 1 huruf dapat pahala 10 huruf...masyaAllah...Orang berpuasa doa dimakbulkan... Ya Allah, generousnya Pencipta kita...  Ruginya kalau kita tak ambil peluang ini..

Bercakap tentang Ramadhan memang takkan abih.  Memang diakui banyak fadilatnya, banyak faedahnya.  Pendek kata tak pernah lagi dalam sejarah orang mati sebab berpuasa.  Kalau orang gastrik berpuasa pun masih boleh sempurna hatta yang nak berhenti merokok itupun boleh dikatakan Ramadhan ialah masa untuk buat turning point.  Dalam Al-quran sendiri ada perintah menyuruh umat islam berpuasa.  Pendek kata apa yang Allah ciptakan unutk kita memang tiada cacat celanya... Langsung tiada..

Bersederhanalah ketika berbuka dan bersahur.  Buat amalan semaksimum mungkin sekadar yang termampu.  Harap-harap kita dapat puasa yang mabrur.. InsyaAllah...

Wednesday, July 13, 2011

Minggu Bahasa 2011 @ SDAR

Ada orang kata ' Bahasa Jiwa Bangsa'
Ada juga orang kata 'Tiada kata seindah bahasa'
Ada juga orang kata '.......'
dan macam-macam lagi.  Yang penting bahasa penting untuk kita berkomunikasi.  Tak kisah lah bahasa isyarat, bahasa mata, bahasa mulut, bak kata orang putih 'mind you body language'
Kalau terjak kata buruk padahnya.  Itulah peripentingnya bahasa di dalam kehidupan.
Minggu nih bermula 11-15 Julai merupakan Minggu Bahasa di sini.  Pelbagai aktiviti yang telah dirangka unutk menarik minat pelajar untuk menyertainya.

Kalau macam nih rasanya memang tak cukup korum la...

Tuesday, April 26, 2011

KHUTBAH JUMAAT: MEMBAYAR ‘SEWA’ MENUMPANG HIDUP DI BUMI



اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحَلَّ لَنَا الطَّيِّبَاتْ ، وَحَرَّمَ عَلَيْنَا الْخَبَائِثْ ، أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ ، وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ، اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْن.
أَمَّا بَعْدُ ، فَيَا عِبَادَ اللهِ ، اِتَّقُوا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ ، وَلاَ تَمُوْتُنَّ إِلاَّ وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ .
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Saya berpesan kepada diri saya, dan sidang hadirin semua agar mencari kejayaan hidup dengan bertaqwa kepada Allah. Sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah bekalan taqwa.
Di dalam pepatah Melayu, batu sering digunakan untuk menunjukkan kepada sikap-sikap yang mazmumah. Hati batu, batu api, batu loncatan dan lain-lain. Batu itu lazim difahami dengan sifatnya yang keras dan sukar dibentuk. Tetapi ada peribahasa lain yang menyebut, “batu empuk, jangankan hati manusia!” Benar sekali apa yang disebut itu. Batu yang keras pun boleh dibentuk, sedangkan hati manusia boleh menjadi lebih keras daripada itu.
Membuat perumpamaan kehidupan pada mengaitkannya dengan batu atau apa-apa bahan alam sekitar, menunjukkan yang masyarakat kita suatu ketika dahulu akrab hubungannya dengan persekitaran. Mereka melihat batu bukan hanya sekadar batu. Tetapi belajar sesuatu daripadanya.

Ini amat bersesuaian dengan kehendak al-Quran yang menyuruh kita mengambil iktibar, cuba melihat yang tersirat di sebalik yang tersurat.
Renungilah firman Allah SWT:
“Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan” [Al-Baqarah 2: 74]
Allah menyuruh kita merenung batu. Merenung Langit, merenung bulan. Berfikir tentang alam, dan membaca ‘mesej Allah’ di sebalik kejadian alam.
Firman Allah SWT:
“ Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): “Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka” [Aal ‘Imraan 3: 190-191]
Sidang Jumaat sekalian,
Tanah yang kita duduki ini, pohon yang kita berteduh itu, awan yang kita menadah hujan, serta sekalian penghuni alam yang berkongsi hidup dengan kita di bumi ini, semuanya itu makhluk Allah yang berpenghulukan kita. Kita adalah khalifah Allah. Dan tugas seorang Khalifah itu adalah pada mentadbir, mengatur dan menguruskan alam ini menurut peraturan Pencipta alam.
Sukar sekali untuk bercakap tentang alam sekitar dengan bahasa agama.
Sedangkan agama kita adalah agama yang amat menekankan peri pentingnya kita menjaga alam ini. Ia bukan sahaja untuk kegunaan kita, malah merupakan ayat-ayat Allah untuk kita mendekati-Nya.
Kita mengenal Allah melalui ayat-ayat Allah yang MAQROO’AH (مقروءة) yakni ayat-ayat Allah yang dibaca berupa WAHYU.
Kita juga mengenal Allah melalui ayat-ayat yang MANDHOORAH (منظورة) yakni ayat-ayat Allah yang direnung, berupa alam sekitar.
Islam memuliakan alam. Kerana itu Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam melarang kita dengan sengaja merosakkan alam. Hatta tentera yang sedang sibuk berperang itu pun tidak dibenarkan dengan sewenang-wenangnya merosakkan tumbuh-tumbuhan, mematah ranting dan batang kayu yang tidak perlu, malah kita juga dilarang daripada membuang air kecil ke dalam air bertakung yang tidak mengalir.
Hari ini, kita semua sedang menanggung azabnya. Cuaca yang tidak menentu, penyakit yang pelbagai menular, dan kita hidup dalam keadaan kucar kacir. Bagaimana dunia yang hendak diwariskan kepada anak-anak kita ini, 10 atau 20 tahun akan datang?
Tidak perlu kita bercakap tentang Bumi yang mungkin terlalu luas untuk direnung. Cukuplah sekadar kita melihat persekitaran kejiranan kita di Ampang. Kita menghadapi pelbagai musibah penyakit seperti Denggi, dan banyaknya pelbagai haiwan perosak seperti nyamuk, tikus, gagak dan anjing liar. Semua itu adalah cara Allah memberitahu kita bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan tatacara hidup kita hari ini. Sesuatu perlu dilakukan.
Sidang kaum Muslimin, rahimakumullah,
Ada sebuah pepatah Cina menyebut, “jika setiap rumah menyapu sampah, nescaya akan bersihlah seluruh negara”
Benar sekali pepatah itu.
Jangan kita beralasan pada apa-apa yang kita tidak boleh buat. Buat apa yang kita semua boleh buat sendiri. Jaga halaman rumah masing-masing. Ini bersesuaian dengan Sabda Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“إن الله طيب يحب الطيب نظيف يحب النظافة كريم يحب الكرم جواد يحب الجود فنظفوا أفنيتكم ولا تشبهوا باليهود ” رواه الترمذى
“Sesungguhnya Allah baik dan menyukai kebaikan, bersih dan menyukai kebersihan, murah hati dan senang kepada kemurahan hati, dermawan dan senang kepada kedermawanan. Kerana itu bersihkanlah halaman rumahmu dan jangan meniru-niru orang-orang Yahudi.”(Hadith riwayat al-Tirmidzi)
Membiarkan halaman rumah kotor disifatkan oleh Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sebagai perangai buruk orang-orang Yahudi. Rumah orang Islam, halamannya bersih. Tidak perlu cantik. Tidak perlu ada landskap Bali atau Jepun. Cukup sekadar kemas dan bersih. Justeru pulang ke rumah selepas Solat Jumaat ini, perhatikanlah halaman masing-masing. Jika bersih, kekalkan kebersihannya. Jika tidak bersih, ambillah tugas membersihkannya sebagai satu perintah agama yang penting.
Kaum Muslimin sekalian,
Alam sekitar kita sedang menderita. Deritanya itu pula datang menimpa kita berbentuk bencana. Bencananya besar. Tetapi ia bermula daripada makhluk-makhluk kecil seperti kita.
Lihat sahaja bencana nyamuk.
Berapa ramai manusia di Malaysia yang mati dibaham harimau dalam setahun? Ada 50 orang? Jauh sekali. Hendak mendengar berita seorang pun jarang-jarang . Tetapi berapa ramai manusia yang mati digigit nyamuk? Saya yakin kita setuju bahawa jumlah mereka lebih 100 orang setahun. Setiap hari, semua hospital menerima kemasukan pesakit yang sakitnya kerana nyamuk. Lihat, kita takut kepada keganasan harimau. Tetapi akhirnya manusia mati digigit nyamuk.
Itulah mesej Allah di sebalik nyamuk.
Jangan remehkan benda-benda kecil dalam hidup.
Firman Allah SWT lagi:
“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” [Al-Room 30: 41]
Segala musibah berbentuk kemarau, banjir, ribut, penyakit dan pencemaran-pencemaran empat penjuru alam ini, adalah kesan perbuatan tangan kita sendiri. Allah kenakan kita hanya sebahagian daripada azabnya. Maknanya ada azab yang lebih besar menanti. Kecuali kita sedar mengapa musibah itu datang. Iaitulah agar kita kembali.
Kembali kepada cara hidup Islam.
Cara hidup Islam bukan hanya pada solat, mengaji, menutup aurat dan makan makanan halal.
Menjaga kebersihan diri, halaman rumah dan persekitaran juga adalah cara hidup Islam.
Membuang sampah merata-rata adalah dosa.
Mencampakkan bungkusan air, puntung rokok dan tisu dari tingkap kereta adalah dosa.
Memakai pakaian yang kotor juga adalah dosa.
Semuanya itu adalah petanda iman yang bermasalah.
Dunia tercemar kerana iman tercalar.
Itulah ruginya alam, apabila Muslim menjadi lemah. Bukan hanya lemah politik, ekonomi dan sosial, malah lemah penghayatan terhadap cara hidup bertertib menurut Islam. Lemah menjaga kebersihan.
Renungi firman Allah:
“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi” (Al-Muddaththir 74 : 1-5)
Allah memerintahkan kita bangkit.
Bangkit memberi peringatan.
Khatib memberi peringatan kepada sidang Jumaat.
Imam memberi peringatan kepada makmum.
Suami memberi peringatan kepada isteri.
Ibu bapa memberi peringatan kepada anak-anak.
Guru-guru memberi peringatan kepada anak murid.
Kita semua adalah pemberi peringatan.
Namun di dalam ayat Surah al-Muddaththir itu tadi, Allah bukan hanya memerintahkan kita membesar serta mengagungkan Allah, malah diperintahkan-Nya juga agar kita berpakaian bersih.
Pendakwah juga mesti berpakaian bersih. Khatib, Imam, Suami, Isteri, Ibu bapa, Guru, para Ustaz, Pendakwah yang pengotor, adalah fitnah kepada peringatan dan nasihat yang disampaikannya. Anak-anak mungkin gagal mengikut kata-kata orang tua, tetapi mereka tidak pernah gagal meniru perbuatan ibu bapa dan orang dewasa di sekitar mereka.
Kebersihan iman membawa kepada kebersihan diri. Kebersihan diri membawa kepada kebersihan rumah dan halaman. Kebersihan rumah dan halaman membawa kepada kebersihan Negara.
Sesungguhnya  Allah tidak akan mengubah apa-apa yang ada pada sesuatu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.
Bersempena dengan Hari Bumi Sedunia hari ini, pulanglah kita daripada Solat Jumaat hari ini dengan suatu kesedaran, memelihara alam ini dan mentadbirnya dengan Syariat Allah, adalah sewa yang dibayar kepada Allah pada menumpang hidup kita di bumi ini.
Bersihkan diri. Bersihkan pakaian. Bersihkan rumah. Bersihkan halaman. Semuanya bermula dengan membersihkan IMAN.
بَارَكَ الله لِي وَلَكُمْ فِي الْقُرْآنِ الْعَظِيمِ ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمْ بِمَا فِيهِ مِنَ الآيَاتِ وَالِّذكْرِ الْحَكِيمِ ، وَتَقَبَّلَ مِنِّي وَمِنْكُمْ تِلاوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ، أَقُولُ قَوْلِي هذَا وَأَسْتَغْفِرُ الله الْعَظِيمَ لِي وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ ، وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ الْمُسْتَغْفِرِينَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِينَ

ABU SAIF @ www.saifulislam.com

Wednesday, April 20, 2011

Dendam Positif

(diambil dari laman blog yang berbahasa Indonesia)
Selamat membaca dan menghayati cerita di bawah....

Di sebuah perusahaan pertambangan minyak di Arab Saudi, di akhir tahin 40-an.  Seorang pegawai rendahan, remaja lokal asli Saudi, kehausan dan bergegas mencari air untuk menyiram tenggorokannya kering.  Ia begitu gembira ketika melihat air dingin yang tampak didepannya dan bersegera mengisi air dingin ke dalam gelas.  Belum sempat ia minum, tangannya terhenti oleh sebuah hardikan:

"Hei, kamu tidak boleh minum air ini. Kamu cuma pekerja rendahan. Air ini hanya khusus untuk insinyur".  Suara itu berasal dari mulut seorang insinyur Amerika yang bekerja di perusahaan tersebut.  Remaja itu akhirnya hanya terdiam menahan haus.  Ia tahu ia hanya anak miskin lulusan sekolah dasar.  Kalaupun ada pendidikan yang dibanggakan, ia lulusan lembaga Tahfidz Quran,  tapi keahlian itu tidak ada harganya di perusahaan minyak yang saat ini masih dikendalikan oleh manajeman Amerika.

Hardikan itu selalu terngiang di kepalanya.  Ia lalu bertanya-tanya:
Kenapa ini terjadi padaku?  Kenapa segelas air saja dilarang untuk ku?  Apakah karena aku pekerja rendahan, sedangkan mereka insinyur?  Apakah kalau aku jadi insinyur aku bisa minum?  Apakah aku bisa jadi insinyur seperti mereka?  Pertanyaan ini selalu tengiang-ngiang dalam dirinya.

Kejadian ini akhirnya menjadi momentum baginya untuk membangkitkan "DENDAM POSITIF" 
Akhirnya muncul komitmen dalam dirinya.  Remaja miskin itu lalu bekerja keras siang hari dan melanjutkan sekolah malam hari.  Hampir setiap hari ia kurang tidur untuk mengejar ketertinggalannya.  Tidak jarang olok-olok dari teman pun diterimanya.

Buah kerja kerasnya menggapai hasil.  Ia akhirnya bisa lulus SMA.  Kerja kerasnya membuat perusahaan memberi kesempatan padanya untuk mendalami ilmu.  Ia dikirim ke Amerika mengambil kuliah S1 bidang teknik dan master bidang geologi.  Pemuda ini lulus dengan hasil memuaskan. 

Selanjutnya ia pulang ke negerinya dan bekerja sebagai insinyur.  Kini ia sudah menaklukkan dendamnya, kembali sebagai insinyur dan bisa minum air yang dulu dilarang baginya.  Apakah sampai di situ saja. Tidak, karirnya melesat terus.  Ia sudah terlatih bekerja keras dan mengejar ketinggalan, dalam pekerjaan pun karirnya menyusul yang lain.  Kariernya melonjak dari kepala bagian, kepala cabang, manajer umum sampai akhirnya ia menjabat sebagai wakil direktur, sebuah jabatan tertinggi yang bisa dicapai oleh orang lokal saat itu.

Ada kejadian menarik ketika ia menjabat wakil direktur.   Insinyur Amerika yang dulu pernah mengusirnya, kini justru jadi bawahannya.  Suatu hari insinyur bule ini datang menghadap karena ingin minta izin libur dan berkata;  "Aku ingin mengajukan izin liburan. Aku berharap Anda tidak mengaitkan kejadian air di masa lalu dengan pekerjaan resmi ini. Aku berharap Anda tidak membalas dendam, atas kekasaran dan keburukan perilakuku di masa lalu"  
Apa jawab sang wakil direktur mantan pekerja rendahan ini:  "Aku ingin berterima kasih padamu dari lubuk hatiku paling dalam karena kau melarang aku minum saat itu.  Ya dulu aku benci padamu. Tapi, setelah izin Allah, kamu lah sebab kesuksesanku hingga aku meraih sukses ini."  Kini dendam positif lainnya sudah tertaklukkan.

Lalu apakah ceritanya sampai di sini? Tidak.  Akhirnya mantan pegawai rendahan ini menempati jabatan tertinggi di perusahaan tersebut.  Ia menjadi Presiden Direktur pertama yang berasal dari bangsa Arab.

Tahukan Anda apa perusahaan yang dipimpinnya?  Perusahaan itu adalah Aramco (Arabian American Oil Company) perusahaan minyak terbesar di dunia.  Ditangannya perusahaan ini semakin membesar dan kepemilikan Arab Saudi semakin dominan.  Kini perusahaaan ini menghasilakn 3.4 juta barrels (540,000,000 m3) dan mengendalikan lebih dari 100 ladang migas di Saudi Arabia dengan total cadangan 264 miliar barrels (4.20×1010 m3) minyak dan 253 triliun cadangan gas.

Atas prestasinya Ia ditunjuk Raja Arab Saudi untuk menjabat sebagai Menteri Perminyakan dan Mineral yang mempunyai pengaruh sangat besar terhadap dunia.  Tahukah kisah siapa ini?

Ini adalah kisah Ali bin Ibrahim Al-Naimi yang sejak tahun 1995 sampai saat ini (2011) menjabat Menteri  Perminyakan dan Mineral Arab Saudi.  Terbayangkah, hanya dengan mengembangkan hinaan menjadi dendam positif, isu air segelas di masa lalu membentuknya menjadi salah seorang penguasa minyak yang paling berpengaruh di seluruh dunia.

Itulah kekuatan "DENDAM POSITIF"

Kita tidak bisa mengatur bagaimana orang lain berperilaku terhadap kita.

Kita tidak pernah tahu bagaimana keadaan akan menimpa kita.

Tapi kita sepenuhnya punya kendali bagaimana menyikapinya.

Apakah ingin hancur karenanya?

Atau bangkit dengan semangat "Dendam Positif."