Monday, February 21, 2011

Apa itu sivik?


Rata-rata pelajar mengambil ringan tentang masalah sivik.  Pagi tadi semasa di dalam perhimpunan pagi Tuan Pengetua Cemerlang menekankan tentang masalah sivik yang paling ketara berlaku di kalangan pelajar SDAR iaitu Kebersihan.  Boleh dikatakan pelajar-pelajar di sini seperti sudah tidak tahu menjaga kebersihan.  Tidak tahu menjaga kebersihan asrama tempat tinggal, tidak tahu menjaga kebersihan kelas, tidak tahu menjaga kebersihan diri.. Taulah hangpa budak lelaki semua.  Pelajar lelaki pun kena jaga kebersihan.. Kalau tak,  takde sape yang nak walaupun muka hensem, tapi bau masyaAllah, busuk.. Cikgu-cikgu yang bertugas memang terpaksa menahan bau terutamanya waktu bertugas memeriksa asrama pelajar.  Nak nak time baru balik 'camping' atau semasa minggu peperiksaan  Boleh pengsan dibuatnya.. Apa taknya kalau stokin sebelah kaki tu nak diibaratkan di rendam dalam kolam ikan, mati semua ikan-ikan dek ke'haruman' bau stokin pelajar tadi.

Kenapa perkara ini berlaku? Adakah kerana di rumah ada pembantu sehingga yang melakukan semua kerja di rumah maka di asrama dan sekolah terbawa-bawa perangai malas itu?  Kadang-kadang rasa nak marah kat pelajar yang sampah depan mata pun tak nak ambik.  Macam lah sampah tu beratnya sekilo.  Aish.. Dolu dolu dan sehingga sekarang ada diletak tong sampah kitar semula tapi macam tiada fungsi sahaja. 

Cuba ya pelajar-pelajar fikir-fikirkan.. Ada satu kajian mengatakan kalau dikumpul-kumpul sampah di Malaysia nih selama seminggu tingginya akan menjadi adalah setinggi KLCC.  Itu baru seminggu..kalau sebulan... setahun... Boleh bayangkan? Di negara jiran kita, Singapura, membuang sampah merata-rata itu merupakan satu kesalahan yang berat.  Mereka yang membuang sampah merata-rata boleh dikenakan denda sehingga beratus dolar Singapura.  Hairan juga rakyat Malaysia kalau pergi Singapura boleh pulak buang sampah di tempat yang disediakan.  Hairan juga ada warga Singapura yang datang ke Malaysia mengikut jejak langkah warganegara Malaysia yang suka membuang sampah merata-rata. Bercerita tentang senarion di Jepun, teramat dan sangat susah untuk bertemu dengan tong sampah di tempat awam.  Nak taknak terpaksa masuk balik beg sampah yang ingin dibuang

Ini baru satu bab kesedaran sivik yang baru dikupas.  Banyak lagi isu-isu sivik yang berlaku di sekolah yang akan dikupas.  Diharap entri kali ini bukanlah dijadikan satu bacaan yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.  Bertindaklah bermula dari hari ini.  Kita sama-sama menengusahakan sampah sifar sepertimana kita memperjuangkan inflasi sifar..

24 comments:

  1. terima kasih cikgu....kerna memandang beral hal sebegini.........

    ReplyDelete
  2. sampai mcm tu skali..
    ish ish ish..

    ReplyDelete
  3. betul tu cikgu , walaupun kite nie lelaki , kite mestilah menjaga kebersihan sekolah kite kalau tak macam mana kita nak hidup dan belajar selesa di sdar ni

    ReplyDelete
  4. apa la nk jadi kat semua pelajar skunk....

    ReplyDelete
  5. janganlah membuang sampah merata-rata kalau malas nak kutip................

    ReplyDelete
  6. teruk btul masyarakat zaman skang ni.

    ReplyDelete
  7. sampah masyarakat tul

    ReplyDelete
  8. sampah dgn sampah masyarakat mana lg byk???

    ReplyDelete
  9. Waaa..sampah seminggu dh bnyk setinggi klcc..

    ReplyDelete
  10. trimas cikgu..kami akn mengubah sikap burok kami itu!!chaiyokk seyh!!

    ReplyDelete
  11. hebat giler bdak zaman skunk nie.giler sampah.

    ReplyDelete
  12. betul,betul,betul

    ReplyDelete
  13. ape nak jadi budak zaman sekarang nie ?

    ReplyDelete
  14. walaupon setiap minggu, f1 and f2 buat gotong royong, tetapi tetap kotor (!)
    huh~..

    ReplyDelete
  15. naqib bwat keje x ikhlas ea..????
    cmne arr skolah nk kekal bersih..
    kalo murid x ambil kesah pasal ni,,???
    ............................

    ReplyDelete
  16. best tak cuti korang tapi jgn lupa jadi orang yg bersivik

    ReplyDelete